Pages

We are registered Company and operates in the heart of Kuala Lumpur, Malaysia, specialized and are actively involved in breeding and supply of fresh water fish located at the riverbank of Sungai Pahang (Pahang River) in the district of Temerloh, Pahang. Our caged breeding method, which has been fully tested and proven, is commonly used in fish breeding by majority of fish breeders in Malaysia, especially those who operates in the East Coast region of Malaysia. In line with our expansion program, we hereby invite those who wish to become an agent in marketing our products nationwide. We also welcome interested investors to work exclusively with us based on “contract farming” at our dedicated area, located within 5 kilometers stretch along the Pahang River near Temerloh.

We are also looking for those who are interested to become our joint venture partner in this rewarding business opportunity and we welcome any enquiries in relation to this.

Home

Thursday, August 18, 2011

Haruan disahkan penyembuh luka - Bernama

Oleh Cik Rashidah Abd Ghani

TIDAK kira digoreng, dibakar atau dibuat sup, ikan haruan memang sudah lama menjadi lauk hidangan rakyat Malaysia selain menjadi penawar untuk menyembuhkan luka terutama kepada mereka yang baru menjalani pembedahan dan bersalin.

Ikan air tawar jenis karnivor ini, juga spesies asli hutan hujan tropika, boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau ini. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan ikan toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).

Profesor Abdul Manan Mat Jais dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, ikan berkenaan dalam kategori ‘Order of Channiformes,’ ‘Family Channidae’ dan ‘Genus Channa’ dan yang sedang dikajinya ialah ‘Channa Striatus.’

Beliau berkata, terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung.

Toman, bujuk dan haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.

Profesor Abdul Manan berkata, keunikan haruan dewasa ialah ia menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh.

Ikan haruan boleh hidup dalam air bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur.

Bagaimanapun, kebiasaannya haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Terdapat laporan menyebut pemancing pernah menangkap haruan bersaiz besar tetapi kebiasaannya berat ikan itu hanya sekitar satu kilogram.
Beliau memulakan penyelidikan ke atas haruan pada 1985 dan ketika itu terkejut apabila mendapati ikan itu tidak dimasukkan dalam senarai ikan utama Jabatan Perikanan.

“Apa yang saya dapati daripada penyelidikan itu ialah ikan haruan satu sumber protein yang baik, iaitu kira-kira 60 hingga 70 peratus. Ia mengandungi lemak yang rendah, hanya kira-kira 20 peratus daripada beratnya berbanding ikan air tawar lain serta daging, kambing, ayam dan makanan laut,” katanya.

Haruan mengandungi sejumlah besar vitamin A. Kehadiran logam berat seperti kalsium, magnesium, tembaga, besi, mangan, nikel, plumbum dan zink juga lebih rendah daripada paras toksik yang dibenarkan untuk badan manusia.

Profesor Abdul Manan berkata, kandungan asid arakidonik yang tinggi dianggap luar biasa dan ketiadaan eikosapentaenoikasid dalam haruan adalah hasil penemuan yang amat menarik.

“Asid arakidonik adalah petanda bagi prostaglandin. Ia memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula,” katanya.

Haruan juga mengandungi asid amino yang penting untuk menyembuhkan luka terutama glisin, satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia.

Glisin merangkumi asid aspartik dan glutamik akan membentuk molekul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.

“Oleh itu, ikan haruan mengandungi semua keperluan asas biokimia untuk penyembuhan luka,” katanya.

“Penemuan kami menunjukkan haruan bukan sahaja menggalakkan penyembuhan luka, malahan mengurangkan sakit selepas pembedahan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan ujian kekangan perut, pati haruan didapati bertindak sebagai pautan-pekat bagi menghalang tindakan gerak balas.

Lebih menarik lagi, pati haruan dapat meningkatkan keberkesanan morfin.

Penemuan itu memberi platform saintifik kepada rakyat Malaysia yang memakan ikan haruan untuk satu tempoh masa selepas pembedahan dapat menghindarkan kesakitan dan penyembuhan luka.

Beliau berkata, lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya, dan kandungan kedua-dua asid ini didapati lebih tinggi dalam telur ikan. Telur segar haruan mempunyai jumlah asid arakidonik yang lebih tinggi.

Profesor Abdul Manan berkata, penemuan itu memberi kemungkinan peluang untuk mendapatkan jumlah optimum asid lemak yang diperlukan untuk menyembuh luka dari bahagian lain ikan haruan tanpa perlu mengorbankan ikan itu.

“Penemuan awal mengenai khasiat anti bakterianya amat mengagumkan dan kami sedang menumpukan kepada spesies yang boleh dihubungkan dengan penyembuhan ulser perut ke atas haiwan dan manusia.

“Isinya yang putih, pejal dan tidak bertulang sudah pasti menjadikan haruan satu bentuk makanan serta makanan tambahan yang berguna,” kata Prof Abdul Manan.

Beliau berkata, ikan haruan mempunyai potensi untuk industri makanan kesihatan kerana ia boleh dijadikan bebola ikan, sosej, salami atau filet.

“Saya berharap untuk melihat haruan sebagai ikan yang boleh diguna secara meluas dalam kehidupan seharian kita dan secara komersial. Kita sepatutnya dengan bangga meletakkan haruan pada paras yang setidak-tidaknya sama dengan salmon atau trout,” kata Prof Abdul Manan dan menambah kata beliau sedang melihat kemungkinan untuk memperkenalkan haruan sebagai satu komponen klinikal.

Profesor Abdul Manan memenangi pingat gangsa Anugerah Mindex-Innotex untuk produk penjagaan kulit berasaskan haruan pada 1996 dan satu lagi pingat gangsa daripada Institut BioSains UPM pada 2004.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Cheroh Aquatic Sdn Bhd, Wan Jusoh Zakaria, dari Raub mengakui khasiat ikan haruan memang diketahui umum dan ia mendapat permintaan tinggi di kalangan penduduk berbanding bujuk dan toman.

Beliau mengakui hanya haruan jenis biasa bersaiz antara 300 dan 500 gram dan yang hidup di habitat semula jadi paling digemari orang ramai.

Wan Jusoh berkata, pasaran ikan atau benih ikan haruan terutama di kalangan penternak dari dahulu hingga sekarang amat menggalakkan hingga kadang-kadang tidak mencukupi.

Bagaimanapun, tidak ramai pengusaha berjaya menternak ikan haruan secara komersial kerana ia memerlukan kepakaran tersendiri mengenai ikan itu.

“Selangor pengeluar terbesar ikan haruan secara komersial terutama di Rawang,” katanya. — Bernama
Get this widget

1 comment:

  1. Good sharing, Among Asians, consuming this fish is believed to provide one with good health. Through the study, science team learnt that the fish is rich in amino and fatty acids and provides medicinal healing for wounds and inflammation. Further research by the team led to the making of Chantiva, a natural remedy that aids in the healing of wounds, as well as the alleviation of muscular and joint pain, see detail at:
    http://kidbuxblog.com/fish-for-health-by-chantiva/

    ReplyDelete